
Berdasarkan gambar di atas ini yang telah saya “snap” daripada laman web Harian Metro itu tersebut,pada kali ini saya ingin meluahkan pendapat saya tentang tajuk yang telah dikeluarkan di laman web tersebut iaitu “Guna pelaris majukan kedai”.
Maka inilah pendapat saya tentang tajuk tersebut.
Menggunakan sesuatu benda untuk memajukan sesuatu perniagaan pada pendapat saya, ia adalah haram. Mengapa saya katakan ia haram?Cuba anda semua fikirkan sejenak dengan tenang tanpa gangguan daripada perkara lain, ya. Sebagai seorang yang beragama Islam kita sepatutnya Percaya kepada Allah S.W.T. Segala perancangan yang telah kita lakukan selama ini telah ditetapkan olehNya.
Kalau pelaris tersebut menjadi, adakah dia akan percaya dan bersyukur kepada ketetapan Allah ataupun taksub dengan pelaris tersebut? Jiwa manusia ini sentiasa berubah-ubah. Berbisik sahaja hasutan Syaitan sedikit kepada seorang manusia, sudah pasti hidup manusia itu akan menentang arus. Apa-apapun, sebagai seorang yang beragama islam, kita seharusnya berdoa kepada Allah sahaja. Janganlah percaya kepada benda-benda yang boleh mendatangkan syirik ataupun kekufuran


9 Comments
Aada lagi ke orang dok buek benda2 mcm nie…Kalau makanan kat kedai sedap orang pasti datang lagi.kebersihan,layanan pun mesti nak jaga gak
bnde nie dah jadi lumrah dalam darah org melayu kite.klu bnde yang tak langgar shariah islamiah takpe lah.yg langgar tuh dan kurafat jgn la buat..kn..??
fahmie Entri terkini..Sedarlah Diri Sikit Korang Tuh Minum Air Gumbahan Jer
Khurafat, Syirik, Sihir, Hasad Dengki semuanya dapat kita lihat dalam diri orang Melayu ini. Mengapa orang Melayu sahaja yang dipersalahkan dalam soal ini? Agama rasmi negara Malaysia kita ini adalah agama islam. Jadi majoriti penduduk di negara ini adalah orang beragama islam.
Sebut sahaja melayu, sudah pasti kita ketahui apakah definisi bagi perkataan Melayu itu.
Disebabkan jatuh nila setitik, rosaklah susu sebelanga itu.
Itulah, sikit2 pelaris..pelaris guna yang kafir punya pun ada..mana nak berkat hidup
Nak lariskan jualan kena pekerjanya kena pakai seksi. Itulah yang sering saya lihat di kedai-kedai makan yang ada. Orang akan datang ke kedai makan tersebut sebenarnya bukan nak makan pun. Tapi nak cuci mata saja. :X
dalam islam ada caranya..
panduan tersedia.. cuma amalan jer..
isza Entri terkini..Cikgu Errr dia kata dia sakit tak boleh nak sebut nanti saya mencarut
Agama Islam itu sungguh indah kerana ia bersifat universal. Dari dulu sehingga sekarang, apa yang telah tercatat didalam Al-Quran itu tidak pernah berubah.
Melakukan sesuatu perkara didalam hidup kita ini perlu kita kaji apa kesannya, bagaimanakah melakukannya.
Tetapi dunia moden sekarang ini, apa yang saya lihat manusia akan cuba apa sahaja tanpa mengetahui kesannya pada diri mereka.
benda tu perkara biasa dalam kehidupan orang melayu.. dan ianya masih digunakan sehingga sekarang..
perkara biasa ni la yang perlu kita elakkan supaya perkara seperti ini tidak jadikan seseorang itu menghampiri kekufuran
One Trackback
[...] This post was mentioned on Twitter by Merpati Putih, a-y-i-e. a-y-i-e said: Majukan kedai guna pelaris http://goo.gl/fb/PBMKn [...]