Serangan Malware

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung setia BLOG-AYIE[dot]com sekalian. Entri saya pada hari ini pendek sahaja. Saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimanakah buang Malware didalam blogspot anda itu. Jikalau anda seorang blogger menggunakan wordpress yang di host sendiri, anda boleh baca di blog kujie2 .

Semua pengguna blogspot, sudah semestinya mempunyai satu akaun di google. Jadi apa yang perlu anda ketahui, sila ke Google Webmaster tools

Sebuah paparan akan keluar disana seperti gambar di bawah ini

Sila lihat bahagian sebelah kiri untuk gambar dibawah ini. Ikuti langkah-langkah dibawah seperti yang telah saya kotakkan perkataan tersebut.

Ini adalah cara untuk mengetahui blog anda itu terkena malware ataupun tidak.

Langkah kedua, apa yang boleh saya kongsikan dengan anda, ialah sila muat turun perisian Malwarebytes. Bagaimanakah untuk menggunakan perisan tersebut?

Kebiasaanya, saya akan tekan sahaja rajah yang saya framekan no-2 tu, supaya ia dapat scan dengan lebih mendalam. Tapi kalau nak cepat, pilih sahaja no-1 :D Nombor-3 tu, saya tak pernah lagi gunakannya.

Sudah buat pilihan? Sila tekan scan.

Jikalau sudah siap scan, sebuah notepad akan keluar. Jadi dengan notepad tersebut, anda mampu buang apa sahaja yang telah dijangkit dengan Malware

Kalau sudah malas sangat dan tak berjaya buang malware tersebut, jangan pasrah lagi. :D Anda ada 2 langkah lagi.

Langkah ketiga apa yang terbaca di sebuah blogspot pada hari semalam, beliau sebagai penulis telah buang semua bloglist-bloglist yang ada. Haishhh sungguh sedihkan :(

Tetapi jikalau anda sudah berjaya buang malware tersebut dan anda merupakan pengguna Mozilla Firefox, sila ke Tools > Options > Security > untick block reported attack sites

Rakan-rakan sekalian, inilah sahaja yang boleh saya tolong. Saya bukanlah seorang pelajar IT :D Tetapi apa yang saya ketahui, saya akan tolong anda. Apa-apapun, saya minta maaf sebab entri ini agak tidak teratur. Kepala dah mengong buat semua benda dengan cepat. Haishhh

Kepada Cik Mat Gebu, jangan pening-pening dan sedih-sedih di hari raya ini tau. Hohohoho. Setiap masalah ada penyelesaiannya :D

advertisement

47 Comments

One Trackback

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

CommentLuv badge