Halal & dibenci

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung BLOG-AYIE[dot]com sekalian. Hari ini sudah setengah bulan kita merasai nikmat hidup didalam bulan September ini. Kesimpulannya, sudah banyak kali kita menghirup udara yang telah di beri oleh Allah S.W.T untuk kita hidup di muka bumi ini. Pelbagai amal ibadat telah kita lakukan sepanjang hidup kita ini. Pelbagai kerja juga telah kita lakukan dengan hati yang ikhlas. Insyaallah.

Sepanjang kita bernafas selama ini, adakah kita mengetahui apakah perkara yang halal tetapi dibenci? Dibenci oleh siapa? Siapa pula yang menyukainya? Sebelum saya menghuraikan keseluruhan untuk topik ini, saya minta maaf jikalau ada sebarang kesilapan didalam huraian saya ini.

Generasi lama akan pupus. Kemudian generasi baru pula akan muncul. Percantuman antara lelaki dan perempuan dalam persetubuhan akan melahirkan generasi baru. Didalam agama Islam, untuk memulakan sebarang perhubungan di antara lelaki dan perempuan (persetubuhan), mereka ini haruslah melalui bernikah dengan cara yang sah dan halal mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Perkahwinan itu sungguh indah. Hubungan cinta manusia dengan manusia akan lahir melalui perkahwinan. Didalam perkahwinan, kita mampu mengenali seseorang perempuan / lelaki dengan lebih mendalam. Perkahwinan akan halal jika niat kita mengahwini seseorang itu baik dan sebaliknya.

Mengajak manusia ke arah kebaikan merupakan suatu perkara yang amat sukar. Tetapi jikalau kita mengajak ke arah keburukan, tidak perlu ajak / cakap sudah pasti mereka boleh lakukan dengan sendirinya.

cerai talak tiga sah

Berlaku sebarang retakan dalam perkahwinan? Manusia akan sentiasa melalui pelbagai rintangan serta dugaan. Bagaimana mereka laluinya? Sejak akhir-akhir ini, saya melihat apabila sepasang suami isteri mempunyai masalah dalam perkahwinan, sudah pasti jalan penyelesaian mereka adalah bercerai. Penceraian ada tiga peringkat iaitu cerai talak satu, cerai talak dua dan cerai talak tiga.

Penceraian merupakan sesuatu perkara yang halal didalam agama islam. Tetapi penceraian ini juga merupakan suatu perkara yang amat dibenci oleh Allah S.W.T. Untuk mengakhiri topik saya ini, apakah pandangan anda jikalau seseorang perempuan itu telah dicerai talak tiga oleh suaminya? Tetapi pada keesokan harinya, suami tersebut ingin rujuk semula.

Incoming search terms:

advertisement

11 Comments

  • 12 Feb 2011 | Permalink | Reply

    Kurang faham dengan generasi zaman sekarang sepatutnya apabila berpendidikan dapat membuat judgment yang matang tapi nampaknya sebaliknya. Cuba bandingkan dengan orang tua kita yang yang buta huruf tapi masih rumahtangganya harmoni
    akubiomed Entri terkini..Cerita Selebriti patung lilin Salman Khan

  • 22 Sep 2010 | Permalink | Reply

    ayie kita jangan lepaskan talak pada bini nanti okey,
    ProfHariz Entri terkini..Rahsia Service Menu pada Sony Ericsson

  • 17 Sep 2010 | Permalink | Reply

    kalau dah jatuh talak tiga memang dah tak boleh rujuk melainkan bekas isteri kena berkahwin dengan lelaki lain dulu. Jika dah kawin lepas tu diceraikan baru si suami pertama yg pernah jatuh talak tiga ni boleh nak kahwin semula. Kena guna akad baru.

    Perceraian adalah cara terakhir dan elakkan kerana memang dibenci Allah swt. Bergegar tiang arash tatkala si suami melafazkan lafaz cerai. Fikir masak2 sebelum buat benda makruh ni.
    dedoku Entri terkini..Download Album Di Facebook Dengan Mudah

    • ayie
      17 Sep 2010 | Permalink | Reply

      apa2pun.. cari bini tu yang penting… bukan cari bini yang HOTTTT jer…=)):))

  • 16 Sep 2010 | Permalink | Reply

    biasanya yg jatuhkan talak 3 akan jadi gila talak selepas itu…tapi semuanya sudah tidak berguna….tu pasal kena fikir dulu sebelum buang…

  • 16 Sep 2010 | Permalink | Reply

    entry ko meragukan aku.knape ko tulis pasal nie weh..??
    fahmie Entri terkini..¶ Tab Mandi

    • ayie
      16 Sep 2010 | Permalink | Reply

      =)):)) menulis cerita ini pasal aku td sebok mengumpat. pasal skg ni orang berkahwin utk kumpul bper ramai perempuan dorang dah berkahwin.. dan bper kali dorang dah jatuhkan talak =)):))

  • 16 Sep 2010 | Permalink | Reply

    jadi gila talakla suami tu, kan dah payah nak kena tunggu isteri kahwin lain dan diceraikan, tapi bukan sebarang kahwin cina buta, kahwin yg real punya atas dasar kahwin kerana Allah, sape suruh terburu-buru jatuhkan bilangan talak tiga tu..

    p/s:lama aku tak datang sini, selamat hari raya :D

    • ayie
      16 Sep 2010 | Permalink | Reply

      =)):)) limit sampai pangkat 3 sahaja… Kalau leh sampai 100 pangkat (100 kali cerai) mcm ner??? kahwin gila babi ke=)):)) erkkk.. bahasa yang lebih kemas nak aku gantikan.. kahwin gila khinzir ke?? :D hahahaha

  • 16 Sep 2010 | Permalink | Reply

    perkahwinan

    hanya y nerasai tahu indah atau seksa
    ruhayu razali Entri terkini..DAPAT HADIAH KURMA DARI QATAR

    • ayie
      16 Sep 2010 | Permalink | Reply

      Memang benar kata-kata akak. Tak cuba tak tahu. Dah cuba baru tahu nikmat atau seksa hidup perkahwinan itu. :D

One Trackback

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

CommentLuv badge