Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung BLOG-AYIE[dot]com sekalian. Sudah seharian suntuk kita beraya. Bagi yang tidak dapat beraya bersama keluarga tu, jangan sedih-sedih. Sebab anda mampu ingat terhadap mereka lagi. Telefon sahaja mereka. Sekurang-kurangnya rindu mereka kepada anda itu dapatlah berkurangan. Cukuplah kata-kata aluan saya itu ya.
Hari ini merupakan tahun 2010. Sudah pasti ramai di antara kita menggunakan sistem operasi windows 7 untuk komputer-komputer mereka. Jadi hari ini, saya ingin berkongsi sebuah tips berserta tutorial bagaimanakah nyahaktifkan hibernasi di windows 7 anda itu.
Mod hibernasi (Hibernate) akan menyimpan maklumat sesi semasa ke dalam cakera keras (hard disk) dan menutup komputer, membolehkan anda meneruskan kerja-kerja yang ditinggalkan sebelumnya apabila komputer dihidupkan semula. Sekiranya anda jarang menggunakan mod hibernasi di dalam Windows 7, anda boleh menjimatkan ruang storan dengan menyahaktif terus fungsi ini.
Untuk menyahaktif fungsi hibernasi dalam Windows 7:
1) Klik butang Start
2) Pilih All Programs -> Accessories
3) Klik kanan pada Command Prompt
4) Pilih “Run as administrator”
5) Arahan UAC akan dipaparkan, klik Yes
Tetingkap Arahan Perintah akan dipaparkan
6) Taip arahan berikut ke dalamnya:
powercfg.exe -h off
7) Mulakan semula komputer (Restart)
Hari raya ni makin gemuk lah badan saya ni. Aduhai. Hari-hari akan jumpa ketupat, nasi, dan kuih-kuih sahaja
![]()




One Comment
gmok la terlebih sihat…
Anip Entri terkini..Lembu Cisdel- Kemanakah Engkau Pergi !