Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung BLOG-AYIE[dot]com sekalian. Hari perayaan aidilfitri 2010 ini semakin hari semakin dekat. Pelbagai barang serta pakaian telah dibeli bagi ke semua umat islam yang mampu membelinya. Bagi mereka yang hanya dapat memakai pakaian tahun lepas itu sahaja, jangan rasa bersedih kerana sekurang-kurangnya anda mampu juga beraya seperti orang lain.
Setiap perayaan untuk setiap tahun, sudah pasti kita melihat di kaca televisyen mahupun mendengar di radio-radio bahawa ada sahaja berita yang menyayat hati kita ini. Contohnya rumah terbakar, rumah dihanyut banjir dan kemalangan di jalan raya.
Raya Aidilfitri ini telah dirancang untuk disambut dengan meriah di halaman kampung bersama-sama keluarga tercinta. Tetapi apabila berita-berita seperti ini terjadi kepada salah seorang keluarga kita, sudah pasti sambutan untuk perayaan tersebut hilang begitu sahaja. Tiada kehangatan perayaan aidilfitri ini.
Pada pendapat saya, bermain mercun itu tidak salah jikalau kita mampu bermain menggunakan teknik dan cara-cara yang betul. Tetapi jikalau tidak betul, rumah akan hitam terbakar. Menjadi seorang pemandu yang berhemah di jalan raya bukanlah sesuatu perkara yang susah. Apa yang penting sikap bertolak ansur dalam diri seseorang pemandu itu diwajibkan ada. Insyaallah perkara-perkara buruk yang tidak dikehendaki oleh kita tidak akan terjadi.
Apa-apapun, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kepada semua umat islam di seluruh dunia.



10 Comments
selamat hari raya ayie..
maaf zahir batin ye..
=D
farah izzaty Entri terkini..Resipi Kuih Sopang
:O bila kita dah raya ek?? Wahahaha.. rasa2nya.. esok puasa lagi kan? Ataupun esok cuti =))
:’(
farah izzaty Entri terkini..Resipi Kuih Sopang
Ala2… ciannya dia.. setiap kali komen.. mesti ayie dengki je kan.. heheheh
ayie suka buli saya……
Bila hati sudah lama berkenan, maka pelbagai cara dibuat oleh diri saya yang hina ini untuk menarik hati anda yang comel itu agar tertarik seperti magnet pada diri saya ini…:P
selamat hari raya buat kau juga ayie
encik tikus Entri terkini..JODOH
TQ encik tikus
selamat ari rye juga…
mercun tu x de msalah..
cume diorng tu x reti nk maen..
hehehe..aku ni gile mercun..
tp x penah tercedera..
kene pandai maen bru ok..
Anip Entri terkini..Jom Main Kasut Roda Kat Trek Roller Coaster- Ade Yang Berani
Bro… len kali.. guna url blog http://gempakzsiot.blogspot.com/ ini sahaja ya untuk komen didalam blog yang menggunakan comment box seperti aku ni… Sebab penat beb nak mengedit2… huhuhuhu