Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca-pembaca sekalian. Hari ini saya ingin berkongsi suatu email yang telah saya dapat, kepada anda semua.
Dakwah itu sukar, sebab nafsu manusia itu dicipta condong pada kebebasan sedang agama itu mengawalnya.
Nafsu suka kejar kelazatan sedang agama bataskannya. Siapa yang seru pada kejahatan & maksiat maka dia telah setuju dengan nafsunya.
Dengan itu dia berjalan bersama nafsunya seperti air yang mengalir turun ke tanah rendah. Dakilah bukit untuk mendapatkan tangki air di atasnya. Tebuklah dengan kapak nescaya air akan mencurah turun sedang kita melihat air mengalir kawasan wadi. Tetapi jika ingin kembalikannya ke tempat asal, ia tidak akan kembali melainkan dengan gunakan pam air & berbagai kesukaran serta perbelanjaan yang besar. Begitu juga dengan batu besar yang ada di puncak bukit, mudah saja untuk ditolak tanpa perlu berpenat lelah. Tetapi jika ingin kembalikan pada tempat asalnya anda akan berhadapan dengan kepenatan dan kesukaran.
Inilah perbandingan manusia.
Teman jahat anda berkata: “Di sini ada wanita menari bogel”. Automatik nafsu cenderung kepadanya dan menarik anda turutinya dan seribu syaitan heret anda. Anda tidak sedar melainkan ketika sudah berada disisinya. Apabila anda didatangi seorang yang beri peringatan untuk palingkan anda dari wanita tersebut, anda akan begitu sukar untuk sahut & lawan nafsu anda.
Para penyeru kejahatan tidak perlu kepenatan. Tetapi penyeru kebaikan perlu bersusah payah berkorban bersama keimanan.
Itu lumrahnya. Neraka senang didapati dari mata & hati yang kurang ingat pesan Allah. Manakala Syurga itu sukar dikecapi kerana perlu banyak meninggalkan kenikmatan di dunia dengan dicaci, dihina, dipenjara, diugut bunuh, dipulau dan sebagainya.
Itu lumrah pendokong agama sebagaimana yang berlaku pada para rasul. Setiap perkara baik sangat berat untuk diterima oleh nafsu. Pelajar yang tinggalkan ‘movie’ kerna ulangkaji pelajaran, orang yang sedang tidur tinggalkan katilnya bagi solat Subuh, begitu juga dengan seorang lelaki yang tinggalkan anak isteri kerana sahut panggilan jihad, semua itu adalah sangat berat.


