Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca-pembaca sekalian. Setelah berjalan-jalan di dalam alam google tadi, hampir terbabas juga la saya
sebab dah 2 entri saya draft kan. Tapi masih tak publish lagi .
Hidupku sebagai seorang blogger bukan sahaja menjadikan diriku ini tertumpu sahaja dihadapan laptop untuk update entri-entri yang ada dalam blog ini sahaja. Kadang-kadang, jika saya tiada idea untuk menulis entri, sudah pasti saya akan download cerita, chatting dan berforum.
Semalam saya jarang tumpukan hidup saya ini kepada blog saya ini. Tetapi saya sibuk dengan blog rakan saya ini iaitu PROFHARIZ.COM . Pelbagai benda perlu saya terangkan satu-satu kepada beliau. Sebelum ini beliau hanya menggunakan blogspot untuk berkongsi kehidupan beliau kepada dunia. Kini Hariz telah menggunakan wordpress nya sendiri.
Sebenarnya Hariz pada asalnya sudah mengatakan pada saya untuk berhenti berblogging menggunakan wordpress. Katanya wordpress ini susah. Memang benar ia susah pada permulaannya. Tetapi setelah menggunakan wordpress 3 hari, insyaallah beliau akan mengatakan ia senang seperti blogspot jua. Cuma yang membezakan blogspot dengan wordpress adalah dari codingnya sahaja.
Masuk ke blog orang lain seperti blog MuhammadTarmizi[dot]com, saya mengatakan dalam hati ini, ahhh cantiknya blog dia. Nak guna jugalah theme seperti dia. Tetapi saya rasa tidak perlu jika saya rambang mata dalam pemilihan theme. Penulisan dalam entri adalah amat penting. Itu pun jikalau kita ingin menambahkan traffik didalam blog kita ini.
Jikalau setiap minggu saya bertukar theme sahaja, baik saya belajar buat theme
Baik lupakan pasal blog. Hahaha
Sekarang ini saya takkan fikirkan pasal alexa page rank. Saya mahu tambahkan traffik dahulu sebelum fikirkan benda tu semua




9 Comments
hurm..aku teringin gak nak guna wp..nanti aku besar ar… haha..sekarang nie msih dak sekolah…perancangan masa depan ada…tapi malas lah.. huhu..movies online
Memang kalau layan theme ni boleh lari fokus..hhheee.(aku pun camtu)
adamfaiz Entri terkini..Korban Mercun Melambung Ke Atas Pokok
Ayie, tak yah ar turunkan lagi alexa tu. cantik dah nombor tu 752,768. Ada pengulangan nombor 7 selepas setiap 2 angka.. Sya pun tak pandai pasal alexa ni, Sya tahu dia turun je almost everyday. kenapa dia turun sya pun tak tahu. whatever la. huhu..
Sya Isya Entri terkini..TIPS PENJAGAAN BIBIR LIP ICE
hurm..aku teringin gak nak guna wp..nanti aku besar ar… haha..sekarang nie msih dak sekolah…perancangan masa depan ada…tapi malas lah.. huhu..
p/s: amir lebih suka edit2…hehe
Amir Izzat Entri terkini..Aku Sebenarnya Malas Menaip
setiap orang ada seleranya, theme yang sy gunakan tu pun masih lagi saya tak puas hati
tapi yg penting bila dah melangkah ke alam blogging kita perlu menetapkan halatuju blog kita, kemana ingin di bawa dan niat kita untuk berblogging
reward akan datang selepas semua yang kita rencanakan itu berjalan, dan yang paling penting ianya bukan kerja sehari dua
mijie Entri terkini..Promosi hari raya sekali seumur hidup
yup betul abg mijie… bila saya fikir-fikir semula… saya perlu tahu hala tuju blog saya ini…
kagum dgn alexa page rank kamu… =)
masih baru lagi sayang… 752 768 untuk alexa tu.. sangat tinggi.. pada saya… huhuhuh
ok la tu.. baru pun dah boleh capai tahap tu.. not like me.. huhuhu..
farah izzaty Entri terkini..Supper @ McDee
One Trackback
[...] Untuk menjadi salah seorang blogger yang terbaik, blog kita ini perlulah mempunyai hala tuju. Jikalau blog kita ini dijadikan untuk suka-suka, maka hala tuju kita dalam sesebuah blog itu tidak dapat di tetapkan. Ayat yang saya gelapkan serta tebalkan itu adalah ayat seorang blogger yang diberi nama muhammad tarmizi. Anda boleh membaca ayatnya disini. [...]