Adakah Malaysia negara miskin

Sungguh cantik nama negara kita ini iaitu Malaysia. Mempunyai berbilang-bilang bangsa dan kaum serta berbagai jenis bahasa. Apabila banyak kaum dan berbilang-bilang bangsa, maka ramai la penduduk-penduduk di Malaysia ini. Malaysia terkenal dengan namanya kerana negara ini aman damai terpelihara daripada perang yang besar-besaran. Tetapi, semakin ramai penduduk di negara ini, semakin ramai pengemis-pengemis jalanan yang wujud didalam negara kita ini.

pengemis jalanan

Semakin ramai orang yang kaya-kaya kita jumpa, semakin ramai orang miskin kita jumpa jua yang sanggup merempat di tepi jalanan untuk meminta sedekah. Ada di antara mereka, datang sekelompok disebabkan satu sindiket.

Kadang-kadang, hati kita ini mudah tercuit kerana tidak sanggup melihat mereka susah. Maka kita dermakan wang kita ini kepada mereka. Tetapi hakikatnya, mereka telah membohongi kita.

2 minggu lepas, sedang saya memandu kereta untuk menunggu lampu isyarat bertukar warna hijau, tiba-tiba ada 3 orang cina datang ke kereta saya untuk meminta sedekah. Saya pun hulur RM5. Tetapi, mereka ini tidak mahu. Mereka mahukan RM10. Ahhh.. Pengemis yang tinggi permintaannya.

advertisement

3 Comments

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

CommentLuv badge