Islam agama yang indah

Agama Islam

Agama Islam itu sungguh indah jikalau kita semua kaji dan selidik apakah keindahan agama tersebut. Setiap agama yang ada didunia ini, sudah pasti menyeru umatnya agar buat sesuatu menggunakan akal fikiran yang telah di anugerahkan kepada mereka. Perkara yang baik kita ikuti, manakala perkara yang buruk kita jauhi.

Sabar itu separuh daripada iman. Memang benar bahawa sabar itu merupakan satu sifat separuh daripada iman kita ini. Tanpa kesabaran dalam diri seseorang manusia itu, sudah pasti hari ini kita tidak mampu berpuasa.

Solat itu tiang agama. Untuk menunjukkan kita beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T, apa yang perlu kita lakukan adalah solat. Tanpa solat, agama kita itu akan roboh. Adakah rumah tanpa tiang, boleh berdiri teguh?

Menunaikan haji dan umrah itu wajib. Dalam seumur hidup kita ini, kita wajib melakukannya. Semakin hari, kita semakin tua. Perlukah kita menunggu umur kita apabila mencapai 40-50 baru menunaikan ibadat ini?

Ingat mengingati antara satu sama lain itu dituntut dalam agama Islam. Saya buat salah. Anda wajib menegur saya. Jikalau tidak, anda dikira bersubahat dengan saya dalam melakukan kesalahan tersebut.

Wahai pembaca-pembaca sekalian, pernahkah anda mendengari bahawa salah satu rukun iman kita ada menyebut tentang sabar?

Baiklah. Jikalau ada di antara anda semua masih tidak mengetahui apakah rukun iman agama kita ini, lihatlah dibawah ini.

  • Beriman kepada Allah S.W.T
  • Beriman kepada Malaikat
  • Beriman kepada kitab-kitab
  • Beriman kepada Rasul-rasul
  • Beriman kepada Hari Kiamat
  • Beriman kepada Qada` dan Qadar

Diharapkan entri pendek ini mampu membuat semua rakan-rakan saya sedar apakah kesilapan mereka yang telah mereka lakukan pada jam 4.00 pagi di status Facebook mereka.

advertisement

One Comment

One Trackback

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

CommentLuv badge