Apabila kita keluar pada hari sabtu dan ahad sudah pasti kita melihat ramai orang berada di Pusat Karaoke. Ada di antara mereka jerit terlolong, tanpa menghiraukan orang lain. Mereka katakan suara mereka terbaik. Walhal ia adalah sebaliknya.
Sepanjang kehidupan saya, baru tiga kali saya berkaraoke bersama-sama rakan-rakan. Itupun dipaksa.
. Saya memang tak minat berkaraoke. Pada pendapat saya ia hanya membuang masa sahaja. Selain itu, walaupun ada teman wanita yang mengajak saya berkaraoke, saya sanggup mengajak dia bermain bowling ataupun menonton wayang.
Perlu ke kita menunjukkan kepada orang lain jikalau kita sudah mengetahui bahawa suara kita ini tidak sedap didengari?




One Comment
Pada saya itulah sebabnya disebut “karaoke” = tak berapa ak ok. Kalu suara sedap, janganlah karaoke jer, teruslah masuk bertanding ker, buat album ker, buat show ker..
Saya berpendapat, objektif karaoke tu untuk sesiapa saja yang minat nak menyanyi tanpa mengira suara sedap atau tidak, dan juga mengasah bakat, melatih orang2 yang suara sumbang mungkin leh jadi lebih baik nadanya.
Selebihnya, ramai melihat karaoke sebagai suatu escape, melepaskan tekanan, berhibur sesama kawan, bersuka suka seadanya, dalam bilik tertutup tanpa mengganggu orang di luar. Cukup sejam dua, asal tidak melalaikan dan tidak menjadi ketagih.
Yang jadi kita tak suka, bila yang melalak di khalayak ramai sehingga menyakitkan telinga.